Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2013 Pulau Pinang Seberang Prai … :)

Posted: July 21, 2013 in Uncategorized

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2013 Pulau Pinang | Alhamdullillah, Allah telah menunaikan permintaan doaku dan melanjutkan usia aku, untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada hari ni (hari-hari seterusnya tak tahu lagi). Korang pun kena bersyukur gak dengan nikmat dipilih oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia, bulan keampunan ni. Tidak ramai yang dipilih untuk bersama-sama kita mengimarahkan Ramadhan. Kalau korang baca berita, mesti korang paham maksud aku. Sini sana orang Islam mati. Mati bermacam-macam cara. Jadi, kita kenalah bersyukur dan berterima kasih. Zahirkan kesyukuran kita dengan amal ibadah dengan banyak. Ini kan bulan pahala dilipatgandakan oleh Allah. Agama Islam menyarankan kita 4 perkara dalam bulan Ramadhan ni. 1. Banyakkan beristigfar, 2. Banyakkan kalimah syahadah, 3. Doa masukkan ke dalam syurga dan 4. Doa dijauhkan dari api neraka. Boleh buat tak? InsyaAllah jom kita buat banyak-banyak 4 perkara ni. Di bawah merupakan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan Pulau Pinang dan Seberang Perai Tahun 1433H/2013. Semoga korang boleh mendapat manfaat dari informasi ini. “Imsak” dalam jadual bawah ni bermaksud 10 minit sebelum azan subuh berkumandang. P/S: Doa dan zikir banyak-banyak sebelum kita berbuka puasa dan jauhkan diri dari perkara-perkara lagha seperti menonton rancangan TV dan mengumpat!.

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA ... :D ikhlas drpd ZUL PAWIE

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA … 😀
ikhlas drpd ZUL PAWIE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s